Our Store

Our Store

Wednesday, October 6, 2010

Catatan Pengalaman Pemborongan di Guangzhou !!


Lapangan terbang Baiyun, Guangzhou yang besar dan moden. Sentiasa sibuk kerana ramai pedagang-pedagang dari seluruh dunia datang berniaga di sini. Pedagang dari Malaysia juga tidak kurang hebatnya.




Sekitar pemandangan di Beijing road (Pusat Beli-belah waktu malam yang amat popular). Pembelian di sekitar barzaar dan kedai lot mestilah melalui proses penawaran harga kerana harganya amat mahal.



Pusat borong tekstil di Hi Yin. Beratus-ratus pilihan kain boleh dibeli secara borong dan murah di sini. Kain yang pupular, cotton, sutera china, sutera korea, kaften dan lain-lain lagi




Antara pemandangan kedai di pusat ini.





Pusat borong jam di Xan Xi road. Besar dan banyak pilihan




Pusat borong jam , berbagai-bagai jam berjenama dan tidak berjenama dijual secara borong dan runcit. Pembelian secara borong dalam kuantiti yang banyak membolehkan kita mendapat harga yang murah. Jam berjenama gred biasa dan super AAA dijual dalam harga yang murah seperti Tag, Omega, Rolex, Cartier dan macam-macam lagi. Disyorkan supaya membuat pemerhatian kepada banyak jurujual kerana setiap jam mempunyai harga yang berlainan walaupun kualiti yang sama.






Pusat barangan kulit Baiyun mempunyai 4 tingkat plaza dan beratus-ratus unit lot kedai. Terkenal dengan berbagai produk barangan kulit berjenama seperti LV, Burbery London, Hermes, Mont Blanc, Gucci. Ramai pelawat terutama dari Asia barat dan Afrika datang membeli-belah di sini kerana kualiti bag kulit berjenamanya adalah terbaik dari segi pembuatannya. Harga adalah berlainan mengikut kualiti dan mestilah menawar dengan bijak. Pembelian secara borong adalah digalakkan kerana harga adalah jauh lebih murah.



Pusat Borong barangan kulit, separa kulit dan PVC di Baiyun International Lether



Plaza borong pakaian kanak-kanak di Guangzhau ( Bukan kilang tapi plaza borong)


Antara tempat kegemaran rakyat Malaysia, di mana pakaian, aksesori, kasut dan selipar adalah menjadi pembelian utama. Barangan kebayakan berjenama seperti Gap, Polo Ralph Lauren, Mothercare, Guess, Levis. Kualiti original barangan "stocklot" banyak disini dan perlu membuat pemerhatian kepada setiap kedai lot. Pembelelian secara borong adalah digalakkan kerana ia jauh lebih murah. Harga yang ditawarkan kebanyakan harga borong tetap dan perlu membuat pemilihan kualiti produk.


Suasana sentiasa sibuk di pusat borong pakaian kanak-kanak kerana ia dieksport ke seluruh dunia. Harga yang ditawarkan murah dan boleh diniagakan di pasaran Malaysia. Pilihan adalah terlalu banyak dan harga berdasarkan jenama dan kualiti produk.




Di tempat lain , Pusat pemborong barangan kanak-kanak





Antara pusat popular barangan bayi dan kanak-kanak.


Stroler dan barangan aksesori bayi juga banyak dijual secara borong.



Antara selipar dan kasut keluaran Disney , Cartoon Network dan Marvel . Ben10, Spiderman, Batman, Thomas and friend adalah barangan original dengan harga borong yang murah. Ia mempunyai pasaran yang baik di Malaysia.





Selipar kanak-kanak keluaran Disney dan barbie. Cantik , menarik dan berkualiti



Pusat borong barangan Crocs di Guangzhou. Pembelian pukal yang banyak membolehkan kita mendapat harga borong yang murah.
Begitulah sedikit sebanyak catatan saya di Kotaraya Guangzhou ini. Kepada yang berminat ingin memborong di sini, boleh sertai saya dan sms / tel 019 2540046 (Keyroll) untuk booking dan pertanyaan.





























































































































No comments:

Post a Comment